Kita biasanya mendengar atau membaca penggodam / hacker menyelinap masuk ke dalam sistem komputer yang berkongsi talian internet / network. Tetapi kali ini kami akan menceritakan serba sedikit mengenai cara mining Monero XMR melalui rangkaian internet WiFi awam seperti yang selalu disediakan di kedai-kedai makan. Kami gelarkan aktiviti ini dengan nama .....
Para celik pandai dalam bidang pengaturcaraan komputer dan salah seorang dikenali sebagai Arnau Code telah berjaya memanipulasikan satu kaedah yang digelar sebagai CoffeeMiner yang membolehkan pengguna WiFi percuma untuk membuat cryptocurrency mining sebaik sahaja mereka login masuk ke akaun WiFi percuma tersebut. Arnau Code telah membuktikan bahawa man-in-the-middle (MiTM) adalah agen kepada aktiviti ini.
Bagaimana CoffeeMiner Bekerja
- CoffeeMiner terus bertindak sebaik sahaja pengguna mula masuk / login ke rangkaian WiFi percuma dengan mencipta virtual gateway di antara pengguna dan router. Bagi melancarkan proses tersebut, perkakasan WiFi yang berkuasa tinggi diperlukan. Setelah CoffeeMiner mula bertindak, ia akan menjana satu kod Java pada halaman HTML (seolah seperti pengguna login ke dalam laman web sebelum diberi kebenaran untuk melayari internet).
- CoffeeMiner tanpa disedari akan menjadikan komputer / laptop mangsa sebagai mesin miner yang telah dimanipulasikan dengan kod jahat yang berpusat di CoinHive dan CoinHive ini seterusnya akan meneruskan proses mining crypto MONERO. Kaedah ini hanya berkesan apabila mangsa melayari internet dalam tempoh masa yang lama (seperti main game online / menonton movie online).
- Coinhive adalah kaedah alternatif bagi pemangsa untuk menjana pendapatan crypto nya dengan dibantu oleh mangsa tadi. Cara asas untuk mangsa mengetahui bahawa dia menjadi miner pemangsa adalah sistem komputernya menjadi perlahan kerana unit pemprosesan menggunakan kuasa maksimumnya untuk membuat mining secara paksa (kira buruh paksa la).
=========================================
SETUP UNTUK BEGINNER / NEWBIE
==========================================
No comments:
Post a Comment