Wednesday, 21 February 2018

BAHAGIAN 2 : Cara-cara Setup Mining Menggunakan Komputer / Laptop - Setup Miner XMRIG

BAHAGIAN 2 - SETUP MINER XMRIG


Selamat datang.. anda dipersilakan ke bahagian pertama untuk memulakan Daftar Monero XMR Wallet dahulu.


MyMoneroXMR Malaysia akan menerangkan tutorial / cara setup mining dengan cpu menggunakan miner yang digelar XMRIG untuk membuat mining di pool yang disediakan oleh SupportXMR.com ( pilihan kami).


Langkah 1 : DOWNLOAD XMRIG MINER
 
  • Perisian XMRIG MINER atau MINING SOFTWARE diperlukan untuk anda memulakan Monero XMR mining. Perisian yang dipilih dan dicadangkan oleh kami adalah XMRIG kerana ia perisian yang ringan dan mudah disetup pada sistem komputer. Pastikan anda menyemak dahulu versi Operating System (OS) pada komputer / laptop ada sama ada menggunakan versi Windows 32-bit atau 64-bit (Windows 7 / 8 dan 10) adalah digalakkan.

  • selepas ke web yang diberikan seperti di atas, pilih XMRIG yang menepati versi OS pada komputer / laptop anda dan download.

 
 Langkah 2 : EXTRACT XMRIG DI KOMPUTER / LAPTOP

  • selesai download versi yang dipilih, EXTRACT / UNZIP file XMRIG ke folder yang dikehendaki (admin membuat satu folder yang dinamakan XMRIG pada Desktop) dan apabila dibuka folder tersebut akan wujud 3 file iaitu config.json, start.cmd dan xmrig.exe seperti gambar di bawah. 
 

 Langkah 3 : MEMBUAT SETUP PADA XMRIG
 
  • buka laman web supportxmr.com dan klik pada GETTING STARTED di menu sebelah kiri. Klikpada VIEW PORTS LIST seperti yang ditunjukkan anak panah berwarna merah di bawah.
  • selepas klik pada VIEW PORT LIST sepe akan keluar paparan senarai PORT LIST yang akan digunakan pada setup config.json selepas ini. Pilih pool.supportxmr.com 3333 jika komputer anda menggunakan processor Intel i5 ke bawah (Low-End-Hardware)
  • buka file config.json menggunakan NOTEPAD (atau klik kanan mouse dan pilih OPEN WITH NOTEPAD) dan akan terpapar seperti gambar di bawah
  • lihat pada  
"url": "failover.xmrig.com:443",   // URL of mining server
 "user": "",                        // username for mining server 
 "pass": "x",                       // password for mining server 
  • buka Port List seperti pada Langkah 3 di atas dan edit pada config.json 
  • gantikan  failover.xmrig.com:443 kepada pool.supportxmr.com:3333
  • gantikan user kepada kod Address seperti di nombor 4 Daftar Monero XMR Wallet iaitu akan menjadi 46jf9CvTMCbTXm14DYcepbRd83sjFhJzKCDyFKfkHWQdd7vHrN7LAhPSVzstnwbyBgEuYNN4jEyXsZbFS62zmtKx2nJxzDg 
  • gantikan pass kepada tanda pengenalan anda sendiri (username) dan x kepada email yang aktif.
  • contoh selepas di edit adalah seperti di bawah 
  • selepas selesai edit pada 3 baris tersebut, pastikan anda SAVE file config.json seperti gambar di bawah

No comments:

Post a Comment