Tuesday, 10 April 2018

Update XMRIG 2.6.0-beta2


Helo semua, hari ini XMRIG untuk MONERO XMR sekali lagi telah dikemaskini daripada versi 2.6.0-beta 1 (32-bit dan 64-bit) kepada versi 2.6.0-beta 2. Antara pembaharuan yang dibuat adalah


  • Prestasi cryptonight v7 dinaiktaraf untuk double hash mode.
  • #499 IPV6 untuk sistem HTTP API yang menyebabkan masalah kepada beberapa sistem telah dipadamkan.
  • Tambahan algoritma cn, cn-lite& cn-heavy.
  • Penambahbaikan (v2.6.0-beta1) untuk  
  • - #494 - command line  --donate-level
  • - #502 - command line libmicrohttpd
  • - penambahbaikan pengiraan --av 4 untuk (perisian AES, double hash) yang menyebabkan pengurangan kiraan hashrate dan pengurangan pada nicehash. 


 Anda boleh memuat turun versi XMRIG 2.6.0-beta 2 daripada link official XMRIG

Tuesday, 3 April 2018

Update XMRIG 2.6.0-beta1


Helo semua, hari ini XMRIG untuk MONERO XMR sekali lagi telah dikemaskini daripada versi 2.5.2 (32-bit dan 64-bit) kepada versi 2.6.0-beta 1. Antara pembaharuan yang dibuat adalah


  • #476 Tambahan sokongan Cryptonight-Heavy untuk Sumokoin ASIC resistance fork.
  • Server HTTP beroperasi daripada kerangka utama untuk membolehkan API tanpa penyegerakan.
  • Tambahan untuk sokongan pada config file sehingga versi terbaru diumumkan kemudian.
  • Tambahan API endpoint untuk PUT /1/config
  • Tambahan API endpoint untuk GET /1/config
  • Tambahan API endpoint untuk GET /1/threads
  • API GET / digantikan dengan GET /1/summary
  • Tambahan --api-no-ipv6 untuk sokongan IPV6 pada HTTP API dihapuskan.
  • Tambahan --api-no-restricted untuk akses penuh tidak memberi kesan walaupun --api-access- tidak di set pada config file.
 Anda boleh memuat turun versi XMRIG 2.6.0-beta 1 daripada link official XMRIG

Monday, 26 March 2018

Update XMRIG 2.5.2


Helo semua, hari ini XMRIG untuk MONERO XMR sekali lagi telah dikemaskini daripada versi 2.5.1 (32-bit dan 64-bit) kepada versi 2.5.2. Antara pembaharuan yang dibuat adalah

  • #448 Masalah ke server yang tidak dapat disambung semula setelah time out.
 Anda boleh memuat turun versi XMRIG 2.5.2 daripada link official XMRIG

Sunday, 25 March 2018

Update XMRIG 2.5.1


Helo semua, hari ini XMRIG untuk MONERO XMR telah dikemaskini daripada versi 2.5.0 (32-bit dan 64-bit) kepada versi 2.5.1. Antara pembaharuan yang dibuat adalah

  • #454 Pembaharuan libmicrohttpd bersi v0.9.35 ke bawah.
  • #456 Tiada lagi agenda tersembunyi untuk pool donation.
  • #459 Pembaikan semula (versi 2.5.0 yang dikesan) kepada sambungan ke xmr.f2pool.com.

 Anda boleh memuat turun versi XMRIG 2.5.1 daripada link official XMRIG

Thursday, 15 March 2018

Update XMRIG 2.5.0

Helo semua, hari ini XMRIG untuk MONERO XMR telah dikemaskini daripada versi 2.4.5 (32-bit dan 64-bit) kepada versi 2.5.0. Antara pembaharuan yang dibuat adalah
  • #434 Sokongan untuk MONERO v7 PoW yang dijadualkan pada 28 Mac 2018 nanti. Anda boleh menggunakan miner XMRIG versi baru sekarang tanpa perlu menunggu tarikh 28 Mac 2018.
  • Menyokong penuh IPv6
  • Tambahan protokol, di mana anda tidak perlu membuat secara manual untuk pilihan nicehash
  • #123 Regresi tetap (semua versi dari 2.4) untuk pembetulan dari pool / proxy yang tidak dihuraikan dengan betul..
  • #428 Regresi tetap (bermula daripada versi 2.4.5) dengan pengesanan saiz cache untuk CPU.

 Anda boleh memuat turun versi XMRIG 2.5.0 daripada link official XMRIG

Tuesday, 27 February 2018

Prospek Monero XMR


Nilai cryptocurrency dipengaruhi oleh jumlah pengguna / miner dan faktor supply & demand se-dunia. Dalam hal ini, Monero XMR memiliki keuntungan tersendiri kerana memiliki jumlah pengguna / miner yang semakin berkembang dan akan menjadi komuniti yang terbesar selepas Bitcoin. Fakta ini disebabkan pengendalian Monero XMR yang mudah kerana e-wallet seperti MyMonero

Teknologi ini berkembang pesat dengan faktor kerahsiaan yang tinggi bagi memberikana keyakinan yang tinggi kepada pengguna dalam berinvestasi dengan Monero XMR. Walaupun begitu, teknologi blockchain adalah masih dalam perkembangan dan diyakini akan semakin membesar mengikut nilai kewangan yang semakin meningkat.
Dalam masa artikel ini ditulis (pukul 9:37pagi tarikh 28 februari 2018), nilai Monero XMR adalah USD300.66 dan akan meningkat dari hari ke hari. Monero XMR memiliki potensi yang sangat besar untuk menggantikan Bitcoin dalam nilai cryptocurrency. 

Jadi kepada yang tidak kesampaian untuk membuat mining  pada permulaan kewujudan Bitcoin, pihak kami mengalu-alukan anda untuk memulakan mining Monero XMR kerana cryptocurrency ini masih dalam perkembangan dan semakin berkembang seiring dengan pertambahan miner. Ingat bahawa Bitcoin hampir sampai ke akhir block dan nilainya tidak banyak berubah.

Marilah kita memulakan mining Monero XMR dari sekarang.

=========================================
SETUP UNTUK BEGINNER / NEWBIE 
==========================================

 



Monday, 26 February 2018

CoffeeMiner Untuk Mining Tanpa Pengetahuan Pengguna WiFi Percuma

Kita biasanya mendengar atau membaca penggodam / hacker menyelinap masuk ke dalam sistem komputer yang berkongsi talian internet / network. Tetapi kali ini kami akan menceritakan serba sedikit mengenai cara mining Monero XMR melalui rangkaian internet WiFi awam seperti yang selalu disediakan di kedai-kedai makan. Kami gelarkan aktiviti ini dengan nama .....

Para celik pandai dalam bidang pengaturcaraan komputer dan salah seorang dikenali sebagai Arnau Code telah berjaya memanipulasikan satu kaedah yang digelar sebagai CoffeeMiner yang membolehkan pengguna WiFi percuma untuk membuat cryptocurrency mining sebaik sahaja mereka login masuk ke akaun WiFi percuma tersebut.  Arnau Code  telah membuktikan bahawa man-in-the-middle (MiTM) adalah agen kepada aktiviti ini. 

Bagaimana CoffeeMiner Bekerja
  • CoffeeMiner terus bertindak sebaik sahaja pengguna mula masuk / login ke rangkaian WiFi percuma dengan mencipta virtual gateway di antara pengguna dan router. Bagi melancarkan proses tersebut, perkakasan WiFi yang berkuasa tinggi diperlukan. Setelah CoffeeMiner mula bertindak, ia akan menjana satu kod Java pada halaman HTML (seolah seperti pengguna login ke dalam laman web sebelum diberi kebenaran untuk melayari internet). 
  • CoffeeMiner tanpa disedari akan menjadikan komputer / laptop mangsa sebagai mesin miner yang telah dimanipulasikan dengan kod jahat yang berpusat di CoinHive dan CoinHive ini seterusnya akan meneruskan proses mining crypto MONERO. Kaedah ini hanya berkesan apabila mangsa melayari internet dalam tempoh masa yang lama (seperti main game online / menonton movie online).
  • Coinhive adalah kaedah alternatif bagi pemangsa untuk menjana pendapatan crypto nya dengan dibantu oleh mangsa tadi. Cara asas untuk mangsa mengetahui bahawa dia menjadi miner pemangsa adalah sistem komputernya menjadi perlahan kerana unit pemprosesan menggunakan kuasa maksimumnya untuk membuat mining secara paksa (kira buruh paksa la).
cara kerja yang ringkas adalah seperti pada gambar



=========================================
SETUP UNTUK BEGINNER / NEWBIE 
==========================================


Thursday, 22 February 2018

MONERO XMR Berbanding BITCOIN

SERBA SEDIKIT MENGENAI PENGENALAN MONERO 

Seperi yang diketahui umumnya transaksi MONERO XMR adalah selamat dan terjamin kerana anda sendiri yang akan mengawal harga wang crypto berbanding matawang fizikal yang lain seperti RINGGIT MALAYSIA yang boleh dicetak mengikut kemahuan dan keperluan seiring dengan kehendak pengguna.
 








 =========================================
SETUP UNTUK BEGINNER / NEWBIE 
==========================================

BAHAGIAN 3 : Cara-cara Setup Mining Menggunakan Komputer / Laptop - run XMRIG.exe

BAHAGIAN 3 - RUN XMRIG 

Selamat datang.. anda dipersilakan ke bahagian pertama untuk memulakan Daftar Monero XMR Wallet dahulu.

 

MyMoneroXMR Malaysia seterusnya akan mengajar anda untuk RUN menggunakan miner yang digelar XMRIG.exe untuk membuat mining di pool yang disediakan oleh SupportXMR.com ( pilihan kami).

 Langkah 1 : 

  • pastikan antivirus pada komputer anda DIMATIKAN atau folder / fail extension .exe dikecualikan daripada Antivirus Scanning dahulu kerana ada antivirus akan memaklumkan bahawa file xmrig.exe adalah virus
  • buka folder fail XMRIG, right click pada file xmrig.exe dan pilih Run as administrator seperti pada gambar di bawah.
  • pilih YES jika sistem komputer meminta izin untuk membuka file xmrig.exe dan paparan seperti di bawah akan terpapar 
  • seperti gambar di atas akan dinyatakan (lebih kurang seperti dibawah) dan anda telah berjaya membuat Monero XMR mining
use pool pool.supportxmr.com:3333
new job from pool.supportxmr.com:3333 diff 5000 
 speed 2.5sxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
accepted <1/0> diff 5000 <109 ms> 
  • untuk menyemak sama ada miner xmrig.exe anda mula mining, anda boleh pegi ke laman web SupportXMR.com dan pilih DASHBOARD. Masukkan Address Wallet yang telah anda daftar pada MyMonero tadi pada kotak bertanda bulatan nombor 1 dan klik TRACK LIVE STATS pada bulatan nombor 2 seperti pada gambar di bawah.
  • anda akan nampak gambar seperti di bawah selepas memasukkan Address Wallet 
  • anda akan nampak kelajuan Hash Rate / Total Hashes / Total Due / Total Paid dan jumlah Worker yang anda gunakan. Semakin banyak komputer digunakan untuk membuat mining maka semakin banyak jumlah Worker dipaparkan. Semakin ramai Worker semakin cepat dan bertambah Hash Rate anda sehingga Total Due mencapai 0.1000000000 XMR bagi melayakkan anda menerima pembayaran daripada pihak SupportXMR.com . Pastikan anda run perisian XMRIG.EXE setiap kali anda membuka komputer anda dan biarkan perisian tersebut menjana wang digital MONERO XMR.

Wednesday, 21 February 2018

BAHAGIAN 2 : Cara-cara Setup Mining Menggunakan Komputer / Laptop - Setup Miner XMRIG

BAHAGIAN 2 - SETUP MINER XMRIG


Selamat datang.. anda dipersilakan ke bahagian pertama untuk memulakan Daftar Monero XMR Wallet dahulu.


MyMoneroXMR Malaysia akan menerangkan tutorial / cara setup mining dengan cpu menggunakan miner yang digelar XMRIG untuk membuat mining di pool yang disediakan oleh SupportXMR.com ( pilihan kami).


Langkah 1 : DOWNLOAD XMRIG MINER
 
  • Perisian XMRIG MINER atau MINING SOFTWARE diperlukan untuk anda memulakan Monero XMR mining. Perisian yang dipilih dan dicadangkan oleh kami adalah XMRIG kerana ia perisian yang ringan dan mudah disetup pada sistem komputer. Pastikan anda menyemak dahulu versi Operating System (OS) pada komputer / laptop ada sama ada menggunakan versi Windows 32-bit atau 64-bit (Windows 7 / 8 dan 10) adalah digalakkan.

  • selepas ke web yang diberikan seperti di atas, pilih XMRIG yang menepati versi OS pada komputer / laptop anda dan download.

 
 Langkah 2 : EXTRACT XMRIG DI KOMPUTER / LAPTOP

  • selesai download versi yang dipilih, EXTRACT / UNZIP file XMRIG ke folder yang dikehendaki (admin membuat satu folder yang dinamakan XMRIG pada Desktop) dan apabila dibuka folder tersebut akan wujud 3 file iaitu config.json, start.cmd dan xmrig.exe seperti gambar di bawah. 
 

 Langkah 3 : MEMBUAT SETUP PADA XMRIG
 
  • buka laman web supportxmr.com dan klik pada GETTING STARTED di menu sebelah kiri. Klikpada VIEW PORTS LIST seperti yang ditunjukkan anak panah berwarna merah di bawah.
  • selepas klik pada VIEW PORT LIST sepe akan keluar paparan senarai PORT LIST yang akan digunakan pada setup config.json selepas ini. Pilih pool.supportxmr.com 3333 jika komputer anda menggunakan processor Intel i5 ke bawah (Low-End-Hardware)
  • buka file config.json menggunakan NOTEPAD (atau klik kanan mouse dan pilih OPEN WITH NOTEPAD) dan akan terpapar seperti gambar di bawah
  • lihat pada  
"url": "failover.xmrig.com:443",   // URL of mining server
 "user": "",                        // username for mining server 
 "pass": "x",                       // password for mining server 
  • buka Port List seperti pada Langkah 3 di atas dan edit pada config.json 
  • gantikan  failover.xmrig.com:443 kepada pool.supportxmr.com:3333
  • gantikan user kepada kod Address seperti di nombor 4 Daftar Monero XMR Wallet iaitu akan menjadi 46jf9CvTMCbTXm14DYcepbRd83sjFhJzKCDyFKfkHWQdd7vHrN7LAhPSVzstnwbyBgEuYNN4jEyXsZbFS62zmtKx2nJxzDg 
  • gantikan pass kepada tanda pengenalan anda sendiri (username) dan x kepada email yang aktif.
  • contoh selepas di edit adalah seperti di bawah 
  • selepas selesai edit pada 3 baris tersebut, pastikan anda SAVE file config.json seperti gambar di bawah

BAHAGIAN 1 : Cara-cara Setup Mining Menggunakan Komputer / Laptop - Daftar Monero XMR Wallet

BAHAGIAN 1 - DAFTAR MONERO XMR WALLET 

Langkah 1 : DAFTAR MONERO XMR WALLET


Daftar Monero XMR Wallet. Jika anda belum mempunyai Monero XMR Wallet, anda boleh mendaftar di MyMonero melalui langkah seperti di bawah;

  • klik pada butang Create an Account seperti pada gambar di bawah;
  •  salin / simpan Kata Kunci Masuk yang dinyatakan pada Your Private Login Key (contoh yang diberikan adalah "tedious movement onward family adult dedicated woes zones igloo paper adhesive reheat movement" seperti yang tertera seperti gambar di bawah. Kata Kunci Masuk ini penting apabila anda hendak login ke akaun Monero XMR Wallet pada masa yang akan datang.  
  • selesai salin / simpan Kata Kunci Masuk (bulatan nombor 1) di tempat yang selamat anda boleh copy semula Kata Kunci Masuk tersebut dan paste pada kotak Confirm your Private Login Key (bulatan nombor 2)
  • anda boleh meneruskan proses pendaftaran Monero XMR Wallet dengan klik pada I've written down my Private Login Key, log me in! (bulatan nombor 3) yang berkotak biru di bawah sekali.
  •  sistem MyMonero akan menjana dan memberikan anda nombor akaun / address untuk Monero XMR Wallet dan perlu disimpan untuk proses seterusnya iaitu semasa membuat miner setup nanti. Contoh address yang telah dijana adalah seperti di bulatan nombor 4.
  • paparan seperti gambar di atas (bulatan nombor 4) menunjukkan address Monero XMR Wallet, Transaction History, Your Balance, Transactions, Send dan Receive yang berguna jika ada transaksi selepas Monero XMR Mining bermula.