Tuesday, 10 April 2018

Update XMRIG 2.6.0-beta2


Helo semua, hari ini XMRIG untuk MONERO XMR sekali lagi telah dikemaskini daripada versi 2.6.0-beta 1 (32-bit dan 64-bit) kepada versi 2.6.0-beta 2. Antara pembaharuan yang dibuat adalah


  • Prestasi cryptonight v7 dinaiktaraf untuk double hash mode.
  • #499 IPV6 untuk sistem HTTP API yang menyebabkan masalah kepada beberapa sistem telah dipadamkan.
  • Tambahan algoritma cn, cn-lite& cn-heavy.
  • Penambahbaikan (v2.6.0-beta1) untuk  
  • - #494 - command line  --donate-level
  • - #502 - command line libmicrohttpd
  • - penambahbaikan pengiraan --av 4 untuk (perisian AES, double hash) yang menyebabkan pengurangan kiraan hashrate dan pengurangan pada nicehash. 


 Anda boleh memuat turun versi XMRIG 2.6.0-beta 2 daripada link official XMRIG

Tuesday, 3 April 2018

Update XMRIG 2.6.0-beta1


Helo semua, hari ini XMRIG untuk MONERO XMR sekali lagi telah dikemaskini daripada versi 2.5.2 (32-bit dan 64-bit) kepada versi 2.6.0-beta 1. Antara pembaharuan yang dibuat adalah


  • #476 Tambahan sokongan Cryptonight-Heavy untuk Sumokoin ASIC resistance fork.
  • Server HTTP beroperasi daripada kerangka utama untuk membolehkan API tanpa penyegerakan.
  • Tambahan untuk sokongan pada config file sehingga versi terbaru diumumkan kemudian.
  • Tambahan API endpoint untuk PUT /1/config
  • Tambahan API endpoint untuk GET /1/config
  • Tambahan API endpoint untuk GET /1/threads
  • API GET / digantikan dengan GET /1/summary
  • Tambahan --api-no-ipv6 untuk sokongan IPV6 pada HTTP API dihapuskan.
  • Tambahan --api-no-restricted untuk akses penuh tidak memberi kesan walaupun --api-access- tidak di set pada config file.
 Anda boleh memuat turun versi XMRIG 2.6.0-beta 1 daripada link official XMRIG

Monday, 26 March 2018

Update XMRIG 2.5.2


Helo semua, hari ini XMRIG untuk MONERO XMR sekali lagi telah dikemaskini daripada versi 2.5.1 (32-bit dan 64-bit) kepada versi 2.5.2. Antara pembaharuan yang dibuat adalah

  • #448 Masalah ke server yang tidak dapat disambung semula setelah time out.
 Anda boleh memuat turun versi XMRIG 2.5.2 daripada link official XMRIG

Sunday, 25 March 2018

Update XMRIG 2.5.1


Helo semua, hari ini XMRIG untuk MONERO XMR telah dikemaskini daripada versi 2.5.0 (32-bit dan 64-bit) kepada versi 2.5.1. Antara pembaharuan yang dibuat adalah

  • #454 Pembaharuan libmicrohttpd bersi v0.9.35 ke bawah.
  • #456 Tiada lagi agenda tersembunyi untuk pool donation.
  • #459 Pembaikan semula (versi 2.5.0 yang dikesan) kepada sambungan ke xmr.f2pool.com.

 Anda boleh memuat turun versi XMRIG 2.5.1 daripada link official XMRIG

Thursday, 15 March 2018

Update XMRIG 2.5.0

Helo semua, hari ini XMRIG untuk MONERO XMR telah dikemaskini daripada versi 2.4.5 (32-bit dan 64-bit) kepada versi 2.5.0. Antara pembaharuan yang dibuat adalah
  • #434 Sokongan untuk MONERO v7 PoW yang dijadualkan pada 28 Mac 2018 nanti. Anda boleh menggunakan miner XMRIG versi baru sekarang tanpa perlu menunggu tarikh 28 Mac 2018.
  • Menyokong penuh IPv6
  • Tambahan protokol, di mana anda tidak perlu membuat secara manual untuk pilihan nicehash
  • #123 Regresi tetap (semua versi dari 2.4) untuk pembetulan dari pool / proxy yang tidak dihuraikan dengan betul..
  • #428 Regresi tetap (bermula daripada versi 2.4.5) dengan pengesanan saiz cache untuk CPU.

 Anda boleh memuat turun versi XMRIG 2.5.0 daripada link official XMRIG

Tuesday, 27 February 2018

Prospek Monero XMR


Nilai cryptocurrency dipengaruhi oleh jumlah pengguna / miner dan faktor supply & demand se-dunia. Dalam hal ini, Monero XMR memiliki keuntungan tersendiri kerana memiliki jumlah pengguna / miner yang semakin berkembang dan akan menjadi komuniti yang terbesar selepas Bitcoin. Fakta ini disebabkan pengendalian Monero XMR yang mudah kerana e-wallet seperti MyMonero

Teknologi ini berkembang pesat dengan faktor kerahsiaan yang tinggi bagi memberikana keyakinan yang tinggi kepada pengguna dalam berinvestasi dengan Monero XMR. Walaupun begitu, teknologi blockchain adalah masih dalam perkembangan dan diyakini akan semakin membesar mengikut nilai kewangan yang semakin meningkat.
Dalam masa artikel ini ditulis (pukul 9:37pagi tarikh 28 februari 2018), nilai Monero XMR adalah USD300.66 dan akan meningkat dari hari ke hari. Monero XMR memiliki potensi yang sangat besar untuk menggantikan Bitcoin dalam nilai cryptocurrency. 

Jadi kepada yang tidak kesampaian untuk membuat mining  pada permulaan kewujudan Bitcoin, pihak kami mengalu-alukan anda untuk memulakan mining Monero XMR kerana cryptocurrency ini masih dalam perkembangan dan semakin berkembang seiring dengan pertambahan miner. Ingat bahawa Bitcoin hampir sampai ke akhir block dan nilainya tidak banyak berubah.

Marilah kita memulakan mining Monero XMR dari sekarang.

=========================================
SETUP UNTUK BEGINNER / NEWBIE 
==========================================

 



Monday, 26 February 2018

CoffeeMiner Untuk Mining Tanpa Pengetahuan Pengguna WiFi Percuma

Kita biasanya mendengar atau membaca penggodam / hacker menyelinap masuk ke dalam sistem komputer yang berkongsi talian internet / network. Tetapi kali ini kami akan menceritakan serba sedikit mengenai cara mining Monero XMR melalui rangkaian internet WiFi awam seperti yang selalu disediakan di kedai-kedai makan. Kami gelarkan aktiviti ini dengan nama .....

Para celik pandai dalam bidang pengaturcaraan komputer dan salah seorang dikenali sebagai Arnau Code telah berjaya memanipulasikan satu kaedah yang digelar sebagai CoffeeMiner yang membolehkan pengguna WiFi percuma untuk membuat cryptocurrency mining sebaik sahaja mereka login masuk ke akaun WiFi percuma tersebut.  Arnau Code  telah membuktikan bahawa man-in-the-middle (MiTM) adalah agen kepada aktiviti ini. 

Bagaimana CoffeeMiner Bekerja
  • CoffeeMiner terus bertindak sebaik sahaja pengguna mula masuk / login ke rangkaian WiFi percuma dengan mencipta virtual gateway di antara pengguna dan router. Bagi melancarkan proses tersebut, perkakasan WiFi yang berkuasa tinggi diperlukan. Setelah CoffeeMiner mula bertindak, ia akan menjana satu kod Java pada halaman HTML (seolah seperti pengguna login ke dalam laman web sebelum diberi kebenaran untuk melayari internet). 
  • CoffeeMiner tanpa disedari akan menjadikan komputer / laptop mangsa sebagai mesin miner yang telah dimanipulasikan dengan kod jahat yang berpusat di CoinHive dan CoinHive ini seterusnya akan meneruskan proses mining crypto MONERO. Kaedah ini hanya berkesan apabila mangsa melayari internet dalam tempoh masa yang lama (seperti main game online / menonton movie online).
  • Coinhive adalah kaedah alternatif bagi pemangsa untuk menjana pendapatan crypto nya dengan dibantu oleh mangsa tadi. Cara asas untuk mangsa mengetahui bahawa dia menjadi miner pemangsa adalah sistem komputernya menjadi perlahan kerana unit pemprosesan menggunakan kuasa maksimumnya untuk membuat mining secara paksa (kira buruh paksa la).
cara kerja yang ringkas adalah seperti pada gambar



=========================================
SETUP UNTUK BEGINNER / NEWBIE 
==========================================